kadang kala bila kita rasa hati kita ini dah cukup kuat untuk sesuatu keadaan. Allah swt turunkan kita sedikit ujian bagi menguji sejauh mana kekuatan yang kita ada, pada masa itu, baru kita sedar yang sebenarnya hati kita masih rapuh dan perlu dibaiki lagi.
Wahai kekasih,
Jagalah hati ini sebaik-baiknya, kalau terluka, nescaya, tiada ada apa2 yang mampu memulihkannya semula.
Hati yang kau ambil ini terlalu rapuh dan penuh dengam jahitan2 luka sebelum ini.
Seandainya engkau bijak menjaganya , maka tambah subur dan sihatlah hati ini, sekiranya tidak maka sebaliknya yang engkau akan lihat.
Aku tidak meminta dan memandang harta dan pangkat, cukup sahaja kau mampu menjaga hati yang satu ini, dan aku pasti sentiasa bersama mu hingga penghujungnya.
Kekasihmu.
Comments
Post a Comment