Page of 365 for 2018

Sebelum tidur,
aku ambil planner 2019 dan mula menulis segala perkara yang penuh berlega didalam minda. Apa perancangan dan matlamat tahun 2019? hampir sejam menulis, aku penat tertidur. 

31/12/2018
5 Pagi
Hari terakhir untuk tahun 2018, aku dikejutkan ibu memberitahu pemergian PakNgah Sani ke rahmatullah. Innalilahiwainailahirajiun. Semoga Allah swt menempatkan arwah dikalangan orang2 yang soleh. amiin. 

Sementara menunggu waktu subuh, sempat aku muhasabah diri bahawa berita kematian ini merupakan satu peringatan untuk aku. Saat aku dengar berita, tiada rs mengantuk, segar mata ini lantas segera bersiap. Allahuakbar, bertapa hampirnya kematian itu. 






Comments