Part I : Cerita Umrah - Hajat Ibu

Alhamdulillah, tahun lepas, aku diberi rezeki dan peluang menjadi tetamu Allah swt untuk menunaikan umrah pertama pada umur 26 tahun. Niat untuk melaksanakan umrah ini bermula daripada hajat ibu pada penghujung tahun 2018, dan Alhamdulillah, Allah swt perkenankan hajat dan doa ibu untuk bawa kami sekeluarga ke tanah suci makkah. Terima kasih ibu. Semoga Allah swt merahmatimu dunia dan akhirat.
Perancangan bermula, beberapa pejabat agensi umrah kami lawati, antaranya Tiram Travel , Andalusia, dan Al- Quds Travel. Tahun sebelum ini, nenek mengikut agensi Harmony Excellance, HQ nya pulak tak terdapat dikawasan yang berdekatan dengan kami. Makanya, kami memilih Al-Quds untuk menguruskan urusan umrah kami.  

Kebetulan pulak, daripada bulan December 2018, kami mengikut Kursus Haji pada setiap hari ahad di Masjid tmn perumahan. Maka, sedikit sebanyak membantu kami mempersiapkan diri untuk menunaikan umrah nanti.

Alhamdulillah, Allah swt permudahkan setiap urusan kami. Daripada urusan renew Passport, Kursus Umrah, persiapan barangan dan Visa umrah.

Maka, dengan izin-Nya, tanggal 11 March 2019, Isnin, kami menjadi tetamu Allah swt. Kami memasuki Madinah, melakukan ziarah madinah dan kemudian baru ke Makkah bagi menunaikan umrah pertama kami. 

Alhamdulillah, perjalanan pembersihan hati 11H 10M, memberi aku kenangan terindah yang aku ingat sampai akhir hayat aku. Aku berharap ini bukan panggilan terakhir untuk aku kesana. Aku berdoa agar Allah swt memanggil aku lagi menjadi tetamu-Nya dan  InsyaAllah, umrah akan datang, aku hadir bersama suami dan juga anak. Amiin.





Comments