4/11/2020
Seawal jam 9pg dah sampai hosp, kali ini AH siap ambil cuti, tak bg isteri drive. Dah dpt parking, ingat bolehlah husb wife masuk. Tak boleh masuk ye utk suami..hny isteri sahaja. Oklah, so aisyah pun menuju terus ke kaunter O&G. Tertiba nurse cakap, eh D Hamidah takde...lagipun appt awak dah dipostponed ke tarikh baru 19/11. Nurse siap ckp semalam saya dah call. Ok, ni mmg salah aisyah. Tak perasan langsung ada call drpd hosp. So, nurse recheck semula phone number. Kemudian catit tarikh baru. Haha sian AH membazir cuti. Kemudian, aisyah pun tny nurse, apa prosedur masa dtg 1st appt nanti, nurse kata kena pergi kaunter hasil register dulu baru dtg ke kaunter O&G.
.
19/11/2020
Time checkup ni AH tak cuti, dia hanya drop aisyah je. 1st checkup, prosedur kena ke kaunter hasil, register dulu, serahkan buku pink (aisyah buku putih sbb masa buka buku kat KK, buku pink habis, yg ada fotostat je. Rezeki 😍 lain drpd lain. Kita balut buku bg kemas cantik je). Kemudian, baru dpt buku appt hosp.
Payment masa registration
RM185.00
Prosedur checkup,macam KK, kena check urine, berat dan tekanan darah. Kemudian tunggu sekejap, nama kita dipanggil utk jumpa doktor. 1st time jumpa Dr. Hamidah, doktor mmg baik dan lemah lembut. Sangat details orangnya. Doktor scan baby, double confirm jantina, doktor tny details scan (aisyah dah buat siap2 dkt klinik swasta). Masa checkup ni, nadi aisyah laju, so Dr minta buat thyroid test dan ECG. Alhamdulillah result ECG baik je. Kena tunggu result thyroid pada 2nd checkup.
.
Sebelum balik, aisyah ke kaunter klinik pakar (kaunter 11) untuk semak bayaran tambahan. Macam aisyah ada bayaran tambahan utk thyroid test RM20.00. Total payment 1st Checkup : RM205.00.
.
Bersambung....Part 4 : FPP Ditangguhkan 😔
Comments
Post a Comment