Next,cara nak booking untuk FPP. kebetulan dalam group IIH memang kerap sangat post2 yang bertanya mengenai FPP. Saya baca setiap komen hahaha. Gigih ye. Tiap2 masa mencari info mengenai FPP. Tak pernah muak. Selagi tak settle, selagi itulah hati dan kepala rasa tak lapang.
Ada terbaca info, kalau nk FPP kena booking seawal kandungan 3bulan. Maka, solution terbaik adalah terus call pihak hosp putrajaya. Yes betul. Dalam kebanyakan post yang saya baca, kata boleh booking melalui call sahaja. Saya buat panggilan,tapi mereka minta hadir ke hosp untuk tempahan slot FPP. tiada lagi booking secara call.
Keesokan harinya, awal pagi saya datang hosp. Seperti yang dijangka, nak dapatkan parking dkt hosp ni punyalah payah. Sempatlah call wani membebel pasal parking hosp yang penuh hahaha. Nasib wani nak melayan. Lepas 3 kali tawaf hosp, dah giveup cari parking. saya pun terus je parking kereta tepi jalan dekat traffic light depan IKN tu. Memang masaklah nak berjalan.fuhhh demi slot FPP, takpe kita kena kuat. Disebabkan hari ini berjaya book slot fpp, terus reward diri dengan makan subway hahaha.
.
Ok, cerita nak booking slot FPP. Musim Covid ni, pintu masuk hosp dikawal petugas, masa aisyah masuk, maklumkan untuk daftar FPP. Staff tu minta pergi ke kaunter hasil. Aisyah pun pergilah ke kaunter hasil ambil no dan menunggu. Orang ramai menunggu dan tmpt duduk full. Bila dah dpt duduk, dalam kepala ni asyik terpikir, xkan kena bayar dulu baru boleh tempat slot. Tak pernah pulak baca kat mana2 post yang kena bayar sebelum booking. Maka, aisyah pun redah je ke kaunter Klinik O&G, jumpa nurse minta nk book slot FPP. Nurse tu pun minta buku pink. Dia tanya bila EDD. Then, dia suruh tunggu sekejap untuk check slot. Nurse tu tak tanya pun nak pilih dokor pakar yang mana.
.
Dalam 10min, nurse tu datang bagi buku pink, dlm tu dah dikepil sekali 1 kertas warna oren memo kecil tarikh untuk appointment 1st FPP hosp putrajaya pada 32w pregnant, 4/11/2021. Kemudian, nurse bagi tahu, doktor awak adalah Dr. Hamidah ye. Alhamdulillah. Terima kasih Allah, sesungguhnya kau maha mengetahui isi2 hati hambamu ini.
Bersambung...Part 3 : 1st Appt FPP
Comments
Post a Comment