Pengalaman Bersalin FPP Hospital Putrajaya PART 1 : APA ITU FPP?
.
Lepas je settle hal buka buku pink untuk daftar kehamilan. Aisyah pun mula survey pakej bersalin yang ada. Bersalin normal di hosp swasta kurang2 nak ada 5-7k, kalau kena emergency Czer 10k hmm. Pening kepala memikirkan
.
Maka, aisyah pun pilih untuk bersalin di hospital kerajaan bawah pakej FPP (Full paying patient). Aisyah dah baca mengenai pakej ni sebelum kahwin lagi. Tahun 2017 dah popular post mengenai FPP ni diblog dan FB. Terima kasih blogger & FB yang sharing pengalaman FPP masing2.
.
So, aisyah pun bentangkanlah pilihan aisyah ni ke AH. Kenapa aisyah pilih FPP, apa kelebihannya. Daripada A to Z explain ok. Hahaha nasib tak kena buat slide presentation. Overall, AH setuju je dengan 1 syarat dia; mesti Dr. Perempuan yang uruskan aisyah. Hahaha (penat je kita beria2 cerita mengenai FPP ni)
.
Kenapa FPP?
1.Boleh pilih Doktor Pakar
Husb nak Dr. perempuan, aisyah pun niat dalam hati nak Dr. Hamidah. Alhamdulillah, syukur rezeki.
2. Suami boleh teman;
Ok. ini part tak best. Berdasarkan pengalaman. Zaman Covid tak boleh langsung masuk teman ketika di LR mahupun di wad. Tp masa checkout, husb boleh naik masuk wad tolong kemaskan beg, ambil ibu dan baby.
3. Kos berpatutan; deposit RM3000 untuk bersalin shj. Appointment checkup sebelum dan selepas bayaran lain. Total cost nanti aisyah update.
4. Kemudahan wad yang selesa , wad eksekutif 5A. Memang condition macam bersalin di swasta. Recommended. Suasana tenang, nurse sangat membantu.
5. Hosp putrajaya salah satu hosp yang support program breastfeeding. Ada nurse yang datang ajar diwad dan followup kita sehingga selepas bersalin.
6. Priority on you.Yes. layanan memang terbaik dan pantas .Masa menunggu waktu checkup sekejap sgt. Padahal baru je dtg ambil no dan bayar. Kalah servis swasta. well, you pay for the service.
.
Bersambung...
Part 2 : Booking FPP
Comments
Post a Comment